ROCK PRIMA
Program Hiburan Sensasi Astro 105

Prakata

Selamat datang dan melayari blog ROCK PRIMA!

Seiring dengan sambutan hangat terhadap program ini dan bersesuaian dengan kepesatan era teknologi maklumat, pihak kami mengorak langkah pantas membangunkan laman blog bagi memperkenalkan program ROCK PRIMA dan memberi ruang baru untuk dijadikan satu alternatif kepada para peminat genre rock tempatan.

Perkhidmatan blog yang disediakan ini juga dianggap sebagai salah satu strategi kami untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian program.

Selain dari itu, para peminat rock tempatan dapat mengetahui secara lebih dekat dan mendapat gambaran sebenar program ROCK PRIMA yang sedang dipancarkan pada setiap hari Jumaat menerusi rangkaian Astro 105.

Akhir kata, kami berharap maklumat-maklumat dan info yang disediakan di blog ini akan memberi manafaat  dan menjanjikan satu imbauan kenangan pertunjukan pentas yang sukar dilupakan khususnya para peminat rock dan penonton Astro 105 amnya.

Selamat menonton ROCK PRIMA….!!

HAMZAH IDRUS
Penerbit Eksekutif
Jengking Merah Production Sdn. Bhd.

%d bloggers like this: